PENGEMIS YANG MEMILIKI SUARA EMAS....(boleh juai oo suara dye,hehehe)



COLUMBUS, Amerika Syarikat (AS) – Seorang pengemis yang tidak berumah di sini, Ted Williams dihujani tawaran lumayan yang membolehkan dia bakal menjadi jutawan selepas permintaannya untuk diberi kerja dengan menggunakan suaranya disiarkan di Twitter dan laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.
Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:
“Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan.”
Pengemis itu turut bercakap dengan gaya seorang penyampai radio yang mempunyai suara unik semasa gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar tersebut dari dalam keretanya di Houston Street, Columbus.
Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).
Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.
Dia juga mendapat tawaran berjumlah AS$10,000 (RM30,725) untuk menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio.
Sementara itu, seorang ejen pencari bakat di bidang penyiaran di Los Angeles, Shane Cormier berkata, Williams memiliki bakat yang amat unik.
“Kami boleh menjadikan Williams seorang jutawan,” katanya.
Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.
“Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya

sumber:  




Leia Mais…

TELUR TIRUAN

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.
Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
“Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.
Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.
eorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.
“Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu,” katanya.
Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.


ANTARA PROSES YANG DILAKUKAN UNTUK MENGHASILKAN TELUR TIRUAN

Antara bahan kimia yang di gunakan untuk menghasilkan telur tiruan ialah karbonat,resin,alum dan pelbagai lagi.

Telur kuning yang menggunakan kalsium klorida di buat menggunakan acuan khas.


Direndam dalam cecair parafin wax untuk membentuk selaput luar telur kuning.


Proses membuat kulit telur tiruan juga menggunakan bahan kimia


perbezaan telur tiruan dan asli


Telur tiruan kelihatan agak cerah dan licin berbanding telur ayam yang asli.









Leia Mais…

Live Green” : Save Wildlife, Save Ourselves

Live Green” : Save Wildlife, Save Ourselves
http://says.my/evolutionminds/LiveGreen

Leia Mais…

bantulah membina dunia yang lebih baik untuk kanak-kanak


bantulah membina dunia yang lebih baik untuk kanak-kanak
http://says.my/evolutionminds/WorldVisionMalaysia

Leia Mais…

MAKIN MAHAL GETAH MAKIN MENJADI-JADI


SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.
Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.
Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.
“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.
“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Leia Mais…

GAMBAR KAPAL EMAS ROBERT KUOK....JUTAWAN DARI MALAYSIA


kapal mewah ini milik Tan Sri Robert Kuok, beliau adalah merupakan Billionair Malaysia yang mempunyai kekayaan bernilai antara RM37.2 billion iaitu bersamaan AS$12.5 bilion. Tauke Gula Asia ini telah menggemparkan banyak pihak apabila membeli sebuah kapal mewah bernilai RM13.38 billion. Kapal berkenaan yang 10 kali ganda lebih mahal daripada kapal peribadi paling mahal didunia sebelum ini milik Roma Abramovich (Pemilik Kelab Chelsea) kini merupakan kapal mewah termahal dunia. Kapal 100 kaki panjang yang dinamakan 'History Supreme' itu memerlukan masa selama tiga tahun oleh pembuat perhiasan dari Liverpool,  Stuart Hughes. Projek ini menggunakan 100 ribu kilogram emas dan platinum dan semua bahan di kapal pesiaran ini termasuk dek dan ruang makan diperbuat daripada logam emas dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex. Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.

ANTARA REKAAN DAN HIASAN DALAMANNYA






Leia Mais…

SUNGAI TERCANTIK DI DUNIA




Sungai ini diberi nama Cano Crystals dan ianya terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Cano Crystal adalah sama dgn kebanyakan sungai-sungai lain. Tetapi untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna. Walaubagaimanapun, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak.Jika anda berkeinginan untuk datang ke sini, anda harus datang pada waktu yang tepat iaitu di antara musim hujan dan musim kemarau sahaja.kalau lain hari buat abis duit jor,hehehe.. Lagi satu, anda perlu mahir menunggang kuda, kerana ia satu-satunya pengangkutan yg dapat membawa anda ke situ. 







Leia Mais…

Tempat untuk berkongsi resepi baru!
http://www.myresipi.com?yssid=380011

Leia Mais…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...